Global
Mars Home page

Terma Penggunaan Laman Web Yang Dikendalikan oleh The Mars, Incorporated
Gugusan Syarikat

Tarikh Kuat Kuasa: December, 2013

Selamat Datang! Mars, Incorporated dan syarikat-syarikat sekutunya (secara bersama, “Mars” atau ”kami” atau “kita”) menawarkan laman web ini dan laman web lain, halaman web, aplikasi, permainan, widget dan perkhidmatan dalam talian dan mudah alih (secara kolektif, “Laman Mars”). Kami berharap anda akan mendapati Laman Mars ini informatif dan menghiburkan.

Terma Penggunaan berikut dan Dasar Privasi kami yang terletak di www.Mars.com/privacy (secara bersama, "Terma" ini) menghuraikan terma dan syarat yang berdasarkannya Mars menawarkan kepada anda capaian ke Laman Mars.

Sebelum mencapai dan menggunakan Laman Mars, sila baca Terma ini dengan teliti kerana ia merangkumi perjanjian yang sah di sisi undang-udang antara Mars dengan anda. DENGAN MENGGUNAKAN LAMAN MARS INI, ANDA BERSETUJU DENGAN TERMA INI DAN MENEGASKAN BAHAWA ANDA MAMPU DAN LAYAK DARI SUDUT UNDANG-UNDANG UNTUK BERBUAT SEDEMIKIAN.

NOTA PENTING: Terma ini mengandungi peruntukan yang mengehadkan liabiliti kami kepada anda dan memerlukan anda menyelesaikan sebarang pertikaian dengan kami menerusi penimbangtaraan yang muktamad dan mengikat secara individu dan bukan sebahagian daripada mana-mana kelas atau tindakan perwakilan. Sila lihat “PENAFIAN WARANTI & HAD LIABILITI” (Seksyen [8]) dan “PENYELESAIAN PERTIKAIAN” (Seksyen [10]) di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN MANA-MANA BAHAGIAN TERMA INI, SILA JANGAN GUNA LAMAN MARS INI.

  1. PERUBAHAN TERMA

    Tarikh Kuat Kuasa Terma-terma ini ditetapkan di bahagian atas laman web ini. Kami tidak berhasrat untuk menukar Terma ini dengan terlalu kerap, namun berhak untuk berbuat sedemikian. Kami akan memaklumkan anda mengenai sebarang perubahan yang material dengan menyiarkan notis pada laman web ini. Apabila mungkin, kami akan memaklumkan anda lebih awal mengenai sebarang perubahan. Kami tidak membuat perubahan yang mempunyai kesan retroaktif kecuali kami perlu melakukan sedemikian menurut undang-undang.

    Penggunaan Laman Mars ini oleh anda secara berterusan selepas Tarikh Kuat Kuasa ini, menandakan anda menerima Terma yang dipinda ini. Terma yang dipinda mengatasi semua versi terdahulu Terma ini. Atas sebab ini, kami menggalakkan supaya anda menyemak Terma-terma ini pada bila-bila masa anda mencapai atau menggunakan Laman Mars dan supaya anda mencetak sesalinan Terma ini bagi tujuan rekod anda.

  2. TERMA TAMBAHAN

    Perkhidmatan tertentu ditawarkan oleh atau menerusi Laman Mars, seperti permohonan mudah alih, cabutan bertuah, tawaran peraduan dan perkhidmatan lain, mungkin ditadbir oleh terma dan syarat tambahan yang ditetapkan seiringan dengannya. Anda hendaklah mempersetujui terma tambahan ini sebelum menggunakan perkhidmatan yang berkaitan. Terma-terma ini dan sebarang terma tambahan akan berkuat kuasa secara sama rata. Jika sebarang terma tidak konsisten dalam cara yang tidak boleh dibatalkan dengan mana-mana peruntukan Terma ini, terma tambahan ini akan berkuat kuasa.

  3. KANDUNGAN MARS

    Mars mengekalkan hak penuh dan menyeluruh terhadap semua maklumat dan bahan yang disediakan pada atau menerusi atau yang diserahkan kepada Laman Mars , termasuk sebarang kerja seni, grafik, teks, klip video dan audio, tanda dagangan, logo dan kandungan lain (secara kolektif, "Kandungan Mars").

    Jika anda bersetuju dengan Terma ini (serta sebarang terma dan syarat tambahan yang berkaitan dengan Kandungan Mars khusus), maka anda boleh memuat turun, mencetak dan/atau menyalin Kandungan Mars semata-mata bagi tujuan penggunaan anda sendiri secara peribadi sahaja.

    Melainkan Mars memberi anda kelulusan secara bertulis untuk berbuat demikian, anda tidak boleh:

    • Memasukkan sebarang Kandungan Mars ke dalam apa-apa kerja lain (seperti laman web anda sendiri) atau menggunakan Kandungan Mars dalam apa-apa cara awam atau komersil;

    • Menyalin, mengubah suai, menghasilkan semula, mengadaptasi, melakukan kejuruteraan songsang, mengedar, membingkai, menerbitkan semula, memuat naik, memaparkan, menyiar, menghantar, memindahkan, melesen atau menjual Kandungan Mars dalam apa jua bentuk atau melalui apa jua kaedah sekali pun;

    • Menukar sebarang notis mengenai hak cipta, tanda dagangan atau hak harta intelektual lain yang mungkin merupakan sebahagian daripada Kandungan Mars; atau

    • ‘Paut dalam’ ke mana-mana Laman Mars (iaitu, pautan ke mana-mana halaman selain daripada halaman utama satu daripada Laman Mars).

  4. BAHAN SERAHAN ANDA

    Di samping permohonan untuk meminta pekerjaan, Mars mungkin dari semasa ke semasa menawarkan ruang kepada anda dan pengguna lain untuk menyiarkan atau sebaliknya menyerahkan maklumat, foto, grafik, cadangan kreatif, idea, nota, konsep, maklumat, penarafan atau bahan lain pada atau kepada Laman Mars (secara kolektif, "Bahan Serahan"). Dengan menghantar, menyiar, memancarkan Bahan Serahan ini kepada Mars (dan/atau pihak yang ditugaskan) atau mana-mana ruang di Laman Mars, anda memberi kepada Mars dan pihak yang kami tugaskan di seluruh dunia, hak yang tidak boleh dibatalkan yang tidak eksklusif, yang boleh diberi sublesen (melalui berbilang peringkat), boleh dipindahkan, tanpa royalti, dan yang berterusan, untuk menggunakan, menghasilkan semula, memberi sublesen (menerusi berbilang peringkat), mengedar, menghasilkan kerja terbitan daripada, melaksanakan dan mengimport Bahan Serahan anda dalam sebarang media, yang diketahui pada masa ini atau dibangunkan selepas ini, untuk sebarang tujuan sekali pun, sama ada komersil atau sebaliknya, tanpa pampasan kepada anda. Dalam kata lain, Mars mempunyai hak automatik untuk menggunakan Bahan Serahan anda -- termasuk untuk menghasilkan semula, mendedahkan, menerbitkan, atau menyiarkan Bahan Serahan anda -- di mana jua, pada bila-bila masa, dalam apa jua medium dan bagi apa jua tujuan. Anda tidak berhak dalam apa jua keadaan sekali pun untuk mendapat bayaran jika Mars menggunakan satu daripada Bahan Serahan anda. Semua Bahan Serahan disifatkan sebagai tidak sulit dan bukan empunya.

    Anda bertanggungjawab ke atas Bahan Serahan anda. Dengan menyiarkan sesuatu Bahan Serahan, anda membuat representasi dan memberi waranti bahawa:

    • Anda memiliki atau sekiranya tidak, mengawal semua hak bagi Bahan Serahan anda, termasuk tanpa had sebarang hak cipta dan tanda dagangannya;

    • Bahan Serahan anda benar dan tepat;

    • Bahan Serahan anda tidak melanggar hak mana-mana individu atau entiti, seperti hak privasi dan publisiti; dan

    • Bahan Serahan anda mematuhi undang-undang, peraturan dan kawal selia yang berkuat kuasa.

    Anda mengakui dan bersetuju bahawa Mars berhak (tetapi tidak mempunyai obligasi) untuk meminda, mengeluarkan atau enggan untuk menyiarkan atau membenarkan Bahan Serahan anda disiarkan. Mars tidak bertanggungjawab dan tidak memikul liabiliti bagi sebarang Bahan Serahan yang disiarkan oleh anda atau mana-mana pihak ketiga.

    Mars amat menggalakkan supaya anda tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi dalam Bahan Serahan anda kerana orang lain boleh melihat dan menggunakan maklumat peribadi dalam Bahan Serahan anda. Mars tidak bertanggungjawab untuk sebarang maklumat yang anda pilih untuk sampaikan menerusi Bahan Serahan tersebut.

  5. MENGGUNAKAN LAMAN MARS

    ANDA HENDAKLAH SEKURANG-KURANGNYA BERUSIA TIGA BELAS (13) TAHUN UNTUK MENGGUNAKAN LAMAN MARS. Dengan mencapai, menggunakan dan/atau menyerahkan maklumat kepada atau melalui mana-mana Laman Mars, anda membuat representasi bahawa anda tidak berusia kurang daripada 13 tahun.

    JIKA ANDA BERUSIA ANTARA TIGA BELAS (13) TAHUN DAN USIA DEWASA DI TEMPAT ANDA BERMASTAUTIN, ANDA BOLEH MENGGUNAKAN LAMAN MARS HANYA DI BAWAH PENYELIAAN IBU BAPA ATAU PENJAGA ANDA YANG SAH.

    JIKA ANDA IBU ATAU BAPA ATAU PENJAGA YANG SAH DAN MENGIZINKAN ANAK ANDA YANG DI BAWAH UMUR UNTUK MENCAPAI DAN MENGGUNAKAN LAMAN MARS, ANDA BERSETUJU UNTUK DIIKAT OLEH TERMA-TERMA INI BAGI PIHAK DIRI ANDA DAN ANAK ANDA YANG DI BAWAH UMUR BERKENAAN. Kami menggalakkan supaya anda menyelidik perlindungan kawalan ibu bapa yang disediakan secara komersil (seperti perkakasan, perisian atau perkhidmatan tapisan komputer) yang boleh membantu anda mengehadkan capaian kepada bahan yang disifatkan sebagai memudaratkan kanak-kanak di bawah umur.

    Sewaktu menggunakan Laman Mars, anda tidak akan:

    • Mencipta identiti palsu atau menyamar sebagai mana-mana individu, termasuk menandakan secara palsu bahawa anda pegawai atau wakil Mars, selebriti atau tokoh masyarakat;

    • Menghantar sebarang iklan, permintaan untuk melanggan, mel remeh atau kandungan komersil atau promosi yang tidak diminta atau tanpa izin, kepada atau melalui Laman Mars(melainkan diizinkan secara jelas oleh Mars);

    • Mengganggu atau berusaha untuk mengganggu pengendalian Laman Web yang lancar dan betul (cth, dengan menggodam masuk ke pelayan Mars atau akaun media sosial Mars);

    • Menyekat atau menahan mana-mana orang lain daripada menggunakan dan menikmati Laman Mars;

    • Menggunakan sebarang spambot, bot net atau bot lain, pengikis (scraper) atau kaedah automasi lain untuk mencapai Laman Mars atau menghantar sebarang virus, cecacing, Trojan atau perisian berniat jahat lain ke atau melalui Laman Mars;

    • Mengubah suai, mengadaptasi, memberi sublesen, menterjemah, menjual, melakukan kejuruteraan songsang, menyusun semula atau merungkai mana-mana bahagian Laman Mars;

    • "Membingkai" atau "membuat arca" mana-mana bahagian Laman Mars kecuali anda ada keizinan bertulis terlebih dahulu daripada Mars;

    • Menyiarkan atau menghantar sebarang bahan atau terlibat dalam sebarang perlakuan atau aktiviti lain yang palsu, mengelirukan, melanggar undang-undang, kesat, mengganggu, memudaratkan atau sebaliknya menjelikkan (seperti yang ditentukan oleh Mars); atau

    • Membantu mana-mana individu dalam sebarang aktiviti yang dihuraikan di atas.

    Mars mempunyai budi bicara untuk menamatkan capaian anda kepada Laman Mars tanpa notis, atas sebab sebarang pelanggaran peraturan yang dinyatakan di atas.

    Jika anda mencapai dan menggunakan Laman Mars pada telefon pintar, tablet atau peranti mudah alih anda yang lain, anda hendaklah mempunyai perkhidmatan wayarles menerusi Wi-Fi atau pembekal perkhidmatan mudah alih yang mengambil bahagian. Perkhidmatan tertentu mungkin memerlukan keupayaan pemesejan teks (SMS atau MMS). Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab secara tunggal bagi semua caj mesej dan data yang anda tanggung daripada pembekal perkhidmatan mudah alih anda. Caj-caj ini mungkin termasuk caj SMS standard dan premium dan boleh jadi caj sekali sahaja atau yang akan berulang-ulang. Semua caj dibil oleh dan perlu dibayar kepada pembekal perkhidmatan mudah alih anda. Sila hubungi pembekal perkhidmatan mudah alih untuk mendapatkan pelan dan butir-butir harga. Mars tidak bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan dalam penerimaan sebarang mesej teks kerana penghantaran tertakluk pada penghantaran yang berkesan daripada pembekal perkhidmatan mudah alih anda.

  6. LAMAN WEB PIHAK KETIGA

    Laman ini mungkin mengandungi pautan ke laman web dan perkhidmatan pihak ketiga, termasuk media sosial (secara kolektif, “Laman Yang Dipaut”). Laman Yang Dipaut bukan di bawah kawalan Mars dan Mars tidak bertanggungjawab untuk Laman Yang Dipaut atau bagi sebarang maklumat atau bahan mengenai, atau sebarang bentuk penghantaran yang diterima daripada, mana-mana Laman Yang Dipaut. Kemasukan pautan tidak menandakan pengendorsan Laman Yang Dipaut oleh Mars atau sebarang kaitan dengan pihak yang mengendalikan Laman Yang Dipaut ini. Mars tidak menyiasat, mengesahkan atau memantau Laman Yang Dipaut tersebut. Mars menyediakan pautan ke Laman Yang Dipaut hanya untuk kemudahan anda sahaja. Anda mencapai Laman Yang Dipaut atas risiko anda sendiri.

  7. PRIVASI/KESELAMATAN

    Sila pastikan anda membaca dengan teliti Dasar Privasi kami mengenai maklumat yang dikumpul oleh Mars di Laman Mars dan cara kami memprosesnya.

    Tanpa mengehadkan terma Dasar Privasi kami, anda memahami bahawa Mars tidak dan tidak boleh menjamin bahawa penggunaan Laman Mars oleh anda dan/atau maklumat yang diberi oleh anda menerusi Laman Mars akan bersifat rahsia atau selamat. Mars tidak bertanggungjawab atau memikul liabiliti kepada anda atas sebarang kekurangan privasi atau keselamatan yang anda mungkin alami. Anda bertanggungjawab untuk menggunakan langkah berjaga-jaga dan keselamatan yang paling sesuai bagi situasi anda dan tujuan penggunaan Laman Mars ini. Mars berhak pada setiap masa untuk mendedahkan maklumat yang Mars sifatkan sebagai perlu untuk memenuhi sebarang undang-undang, peraturan, proses undang-undang atau permintaan kerajaan yang berkenaan.

  8. PENAFIAN WARANTI & HAD LIABILITI

    Mars memberi waranti bahawa Mars telah menyertai Terma ini secara sah dan mempunyai kuasa undang-undang yang sah untuk berbuat sedemikian. Anda memberi waranti bahawa anda telah menyertai Terma ini secara sah dan mempunyai kuasa undang-undang yang sah untuk berbuat sedemikian.

    KECUALI SEPERTI YANG DIPERUNTUKKAN SECARA JELAS DI ATAS, LAMAN MARS DISEDIAKAN "SEPERTI YANG ADA KETIKA ITU" DAN “SEPERTI YANG TERSEDIA” TANPA SEBARANG JENIS WARANTI JUA PUN, SECARA TERSURAT MAHUPUN TERSIRAT. Mars khususnya menafikan semua waranti dan apa jua jenis syarat, termasuk waranti dan syarat tersirat berhubung kebolehdagangan, kesesuaiannya untuk tujuan tertentu, hak, tiada pelanggaran, kebebasan daripada kerosakan, penggunaan tanpa gangguan dan semua waranti yang tersirat daripada sebarang usaha berurus niaga atau penggunaan perdagangan. Mars tidak memberi waranti bahawa (a) Laman Mars akan memenuhi keperluan anda, (b) pengendalian Laman Mars tidak akan terganggu atau bebas daripada virus atau ralat or (c) ralat akan diperbetulkan. Sebarang nasihat lisan atau bertulis yang diberi oleh Mars atau ejennya yang diberi kuasa tidak dan tidak akan menghasilkan sebarang waranti. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN WARANTI TERSIRAT YANG BERMAKSUD SESETENGAH ATAU SEMUA PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BERKENAAN DENGAN ANDA.

    PENGGUNAAN LAMAN MARS INI OLEH ANDA ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

    ANDA BERSETUJU BAHAWA MARS TIDAK AKAN SEKALI-KALI BERTANGGUNGJAWAB (Y) ATAS APA JUA JENIS GANTI RUGI, TERMASUK GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHUSUS, TELADAN, SAMPINGAN, YANG TERHASIL ATAU PUNITIF (TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD PADA, PEROLEHAN ATAU PENGGANTIAN BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN, KEHILANGAN PENGGUNAAN, DATA ATAU KEUNTUNGAN ATAU GANGGUAN PERNIAGAAN), WALAU BAGAIMANAPUN DISEBABKAN DAN DI BAWAH SEBARANG TEORI LIABILITI, SAMA ADA TIMBUL DALAM APA JUA CARA BERHUBUNG TERMA-TERMA INI DAN SAMA ADA DALAM KONTRAK, LIABITI KHUSUS ATAU TORT (TERMASUK PENGABAIAN ATAU SEBALIKNYA) MESKIPUN JIKA MARS TELAH DINASIHATI MENGENAI KEMUNGKINAN BERLAKUNYA GANTI RUGI BERKENAAN ATAU (Z) UNTUK APA JUA DAKWAAN, TUNTUTAN ATAU GANTI RUGI, YANG TERHASIL ATAU BERBANGKIT DARIPADA ATAU BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN LAMAN MARS OLEH ANDA. Penafian liabiliti di atas tidak akan terpakai setakat yang dilarang oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

    Anda mengakui dan bersetuju bahawa had liabiliti yang dinyatakan di atas bersama-sama dengan peruntukan dalam Terma ini yang mengehadkan liabiliti adalah terma asas dan bahawa Mars tidak akan bersedia untuk memberi anda hak yang ditetapkan dalam Terma ini melainkan setelah anda bersetuju dengan had liabiliti di atas.

  9. PENANGGUNGAN KERUGIAN

    Anda bersetuju untuk menanggung kerugian dan mempertahankan Mars dan para pengarah, pegawai, kakitangan dan ejennya daripada dan terhadap semua kerugian, liabiliti, tuntutan sebenar atau belum selesai, tindakan, ganti rugi, perbelanjaan, kos membela dan fi peguam yang munasabah yang dibawa terhadap Mars oleh mana-mana pihak ketiga yang berpunca daripada penggunaan Laman Mars oleh anda atau sebarang pelanggaran Terma ini, hak pihak ketiga atau undang-undang yang berkuat kuasa. Mars berhak, atas perbelanjaannya sendiri, untuk menerima pembelaan dan kawalan eksklusif bagi apa-apa perkara yang tertakluk pada penanggungan kerugian di bawah terma ini. Dalam apa jua keadaan sekali pun, tiada penyelesaian yang menjejaskan hak atau obligasi Mars boleh dibuat tanpa kelulusan bertulis Mars terlebih dahulu.

  10. PENYELESAIAN PERTIKAIAN

    Terma ini ditadbir oleh dan ditafsir dan dikuatkuasakan menurut undang-undang dalaman Negeri Delaware, tanpa mempengaruhi prinsip percanggahan undang-undang negeri berkenaan, dan mengikat pihak-pihak dalam perjanjian ini di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Anda dan Mars bersetuju bahawa Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu berhubung Kontrak Jualan Barangan Antarabangsa tidak berkenaan dengan pentafsiran atau pembinaan Terma ini.

    ANDA DAN MARS BERSETUJU BAHAWA SEMUA TUNTUTAN AKAN DISELESAIKAN MENERUSI PENIMBANGTARAAN YANG MENGIKAT MENURUT KAEDAH YANG DITETAPKAN DALAM SEKSYEN [10] INI DAN BAHAWA ANDA DAN MARS MENGETEPIKAN SEBARANG HAK UNTUK MEMBAWA TUNTUTAN INI KE MANA-MANA MAHKAMAH YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG.

    ANDA DAN MARS SELANJUTNYA BERSETUJU BAHAWA MASING-MASING BOLEH MEMBAWA TUNTUTAN TERHADAP YANG SATU LAGI HANYA SECARA INDIVIDU DAN BUKAN SEBAGAI PLAINTIF ATAU AHLI KELAS DALAM TINDAKAN KELAS ATAU PERWAKILAN ATAU PROSIDING YANG DIKATAKAN. HAK LAIN YANG ANDA AKAN ADA JIKA ANDA MEMBAWA KE MAHKAMAH, SEPERTI CAPAIAN KEPADA PENEMUAN, JUGA MUNGKIN TIDAK DISEDIAKAN ATAU TERHAD DALAM PENIMBANGTARAAN.

    Sebarang pertikaian antara anda dengan Mars dan ejen, kakitangan, pegawai, pengarah, prinsipal, pengganti, penerima serahan hak, subsidiari atau sekutunya (secara kolektif bagi tujuan Seksyen [11] ini, “Pihak-pihak Mars”) yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan Terma ini dan pentafsirannya atau pelanggaran, penamatan atau kesahannya, perhubungan yang terhasil daripada Terma ini, termasuk pertikaian mengenai kesahan, skop atau kebolehkuatkuasaan perjanjian ini yang dibawa ke penimbangtaraan (secara kolektif, "Pertikaian Yang Diliputi") akan diselesaikan melalui penimbangtaraan yang mengikat di Negeri New York A.S yang ditadbir oleh Persatuan Penimbangtaraan Amerika (AAA) berlandaskan Peraturan Penimbangtaraan Antarabangsanya yang berkuat kuasa pada tarikh berkenaan. Sebelum memulakan sebarang penimbangtaraan, pihak pemula akan memberi pihak yang satu lagi sekurang-kurangnya 60 hari notis awal secara bertulis mengenai hasratnya untuk memfailkan penimbangtaraan ini. Mars akan memberi notis ini menerusi pos atau e-mel dengan menggunakan maklumat hubungan yang berada dalam fail Mars dan anda hendaklah memberi notis ini menerusi pos kepada Mars, Incorporated, Untuk perhatian: Jabatan Undang-undang, 800 High Street, Hackettstown, NJ 07840.

    Pembayaran untuk semua pemfailan, pentadbiran dan fi penimbang tara akan ditadbir oleh peraturan AAA. Walau bagaimanapun, jika anda dapat menunjukkan bahawa kos penimbangtaraan akan menjadi halangan berbanding kos litigasi, Mars akan membayar pemfailan, pentadbiran dan fi penimbang tara ini seperti yang penimbang tara berkenaan sifatkan sebagai perlu untuk mencegah penimbangtaraan ini daripada menjadi penghalang oleh sebab kos kepada anda. Jika penimbang tara ini menentukan bahawa tuntutan yang anda dakwa dalam penimbangtaraan ini adalah remeh, anda bersetuju untuk membayar balik kepada Mars semua fi yang berkaitan dengan penimbangtaraan yang Mars telah bayar bagi pihak anda, yang sekiranya tidak, anda akan mempunyai obligasi untuk membayarnya di bawah peraturan AAA.

    Seorang penimbang tara tunggal akan dipilih menurut Peraturan Penimbangtaraan Komersil AAA. Penimbangtaraan ini akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. Penimbang tara akan mempunyai kuasa untuk memberi apa jua relief yang akan tersedia di mahkamah di bawah undang-undang atau dalam ekuiti dan dalam sebarang award penimbang tara adalah muktamad dan mengikat setiap pihak dan boleh dimasukkan sebagai penghakiman di mana-mana mahkamah dengan bidang kuasa yang berwibawa. Walau bagaimanapun, penimbang tara berkenaan tidak akan mempunyai kuasa untuk memberi ganti rugi punitif atau teladan, yang adalah dengan ini merupakan hak yang diketepikan oleh setiap pihak. Penimbang tara akan menggunakan undang-undang yang berkuat kuasa dan peruntukan Terma ini dan kegagalan untuk melakukan sedemikian akan disifatkan sebagai melampaui kuasa penimbangtaraan dan menjadi asas bagi kajian semula kehakiman. Keputusan penimbang tara hendaklah diiringi penjelasan bertulis dan dipastikan kekal sulit. Mars dan anda bersetuju bahawa sebarang Pertikaian Yang Diliputi akan diserahkan kepada penimbangtaraan secara individu sahaja. Mars mahupun anda tidak berhak untuk menimbang tara sebarang Pertikaian Yang Diliputi ini sebagai tindakan kelas, perwakilan atau tindakan peguam persendirian dan penimbang tara tiada kuasa untuk melaksanakannya atas dasar kelas, perwakilan atau penimbangtaraan awam peguam persendirian. Jika sebarang peruntukan perjanjian untuk menimbang tara dalam Seksyen [10] ini didapati tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan yang tidak boleh dikuatkuasakan ini akan dipotong dan terma penimbangtaraan yang tinggal akan dikuatkuasakan (namun begitu, tiada keadaan di mana akan terdapat penimbangtaraan kelas, perwakilan atau penimbangtaraan awam peguam persendirian). Tanpa mengambil kira sebarang statut atau undang-undang yang bertentangan, notis mengenai tuntutan yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan Terma ini hendaklah dibuat dalam tempoh satu (1) tahun selepas tuntutan berkenaan timbul atau sekiranya tidak, ia akan disekat buat selama-lamanya. Bagi tujuan Seksyen [10] ini, Terma ini dan urus niaga yang berkaitan akan tertakluk dan ditadbir oleh Akta Penimbangtaraan Persekutuan, 9 U.S.C. sec. 1-16 (FAA).

    Sila ambil perhatian: Dengan memberi persetujuan pada Terma ini, anda mempersetujui secara jelas bahawa sebarang tuntutan atau tindakan yang anda sebaliknya mungkin ada terhadap Mars di bawah undang-undang mana-mana bidang kuasa di luar Amerika Syarikat adalah dengan ini diketepikan, termasuk tanpa had, sebarang tuntutan atau tindakan di bawah undang-undang negara anda sendiri, dan bahawa lokasi tunggal anda dan undang-undang yang berkuat kuasa bagi sebarang pertikaian di Amerika Syarikat adalah berlandaskan terma [Section 10] ini.

  11. PENAMATAN

    Terma ini ditamatkan secara automatik apabila anda gagal mematuhi sebarang terma atau syaratnya. Mars boleh menamatkan atau mengubah suai capaian anda kepada Laman Mars, dengan atau tanpa notis kepada anda, pada bila-bila masa atas apa jua sebab. Contohnya, capaian kepada Laman Mars mungkin ditolak tanpa notis jika Mars percaya bahawa anda tidak berusia sekurang-kurangnya 13 tahun.

    Penamatan tidak akan mengehadkan sebarang hak atau remedi Mars. Seksyen [11] ini, berserta Seksyen [3, 8, 9, 10 dan 15], akan terus berkuat kuasa meskipun Terma ini ditamatkan.

  12. MASALAH BIDANG KUASA CUKAI

    Anda bertanggungjawab untuk mematuhi semua undang-undang yang berkuat kuasa. Mars berhak untuk mengehadkan ketersediaan Laman Mars dan/atau Kandungan Mars kepada mana-mana individu atau kawasan geografi pada bila-bila masa. Apa-apa perisian yang terdapat pada Laman Mars akan selanjutnya tertakluk pada kawalan eksport Amerika Syarikat. Tiada perisian boleh dimuat turun atau sebaliknya dieksport atau dieksport semula: (a) ke (atau kepada warga atau penduduk) Cuba, Iraq, Libya, Korea Utara, Iran, Syria atau mana-mana negara lain yang diperuntukkan oleh Penaja dan/atau Pejabat Kawalan Aset Asing Perbendaharaan Amerika Syarikat; atau (b) kepada sesiapa dalam senarai Warga Yang Disifatkan Sebagai Warganegara Khusus oleh Jabatan Perbendaharaan A.S. atau Jadual Tolak Pesanan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Dengan memuat turun atau menggunakan sebarang perisian, anda membuat representasi dan memberi waranti bahawa anda tidak berlokasi di, di bawah kawalan, atau warganegara atau pemastautin mana-mana negara tersebut atau berada dalam mana-mana senarai berkenaan.

    Anda bertanggungjawab secara tunggal bagi apa-apa dan semua duti, cukai, levi atau fi (termasuk sebarang cukai jualan, penggunaan atau cukai tertahan) yang dikenakan ke atas atau berhubung dengan penggunaan Laman Mars ini oleh mana-mana pihak berkuasa yang mengutip cukai.

  13. NOTIS KEPADA PENDUDUK CALIFORNIA

    Di bawah Seksyen 1789.3, Kod Sivil California, para penduduk California layak untuk mendapat maklumat hak pengguna khusus berikut:

    Pembekal laman web ini ialah:

    Mars, Incorporated

    800 High Street

    Hackettstown, NJ 07840

    Untuk memfailkan aduan berhubung laman web ini atau menerima maklumat lanjut berhubung penggunaan laman web ini, hantar surat untuk perhatian “Jabatan Undang-undang” di alamat di atas atau hubungi Mars menerusi e-mel di [email protected] (dengan“Permintaan Penduduk California” dalam Baris Perkara). Anda juga boleh menghubungi Unit Bantuan Aduan, Bahagian Perkhidmatan Pengguna di Jabatan Hal Ehwal Pengguna secara bertulis di alamat 1625 North Market Blvd., Sacramento, CA 95834, atau melalui telefon di talian 916.445.1254 atau 800.952.5210.

  14. TUNTUTAN PELANGGARAN HAK CIPTA

    Kami menjawab notis pelanggaran yang didakwa seperti yang dikehendaki oleh Akta Hak Cipta Milenium Digital A.S. (“DMCA”), termasuk dengan mengeluarkan atau melumpuhkan capaian ke bahan yang dituntut sebagai tertakluk pada kegiatan pelanggaran ini.

    Jika anda percaya dengan tulus hati bahawa usaha/kerja anda telah ditiru dalam cara yang merangkumi pelanggaran hak cipta atau harta intelektual anda telah sebaliknya dicabuli pada atau melalui Laman Mars, sila hantar tuntutan atau notis pelanggaran anda kepada ejen DMCA Mars yang ditugaskan di:

    Ejen DMCA

    d/a Jabatan Penjagaan Pengguna

    Mars, Incorporated

    800 High Street

    Hackettstown, NJ 07840

    [email protected]

    Tolong jangan hantar sebarang surat-menyurat atau pertanyaan kepada ejen DMCA kami. Ejen DMCA akan hanya menjawab notis dan pertanyaan yang mematuhi keperluan DMCA. Sila lihat www.copyright.gov untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  15. LAIN-LAIN

    1. Terma ini, bersama-sama dengan Dasar Privasi kami, mengandungi persefahaman menyeluruh oleh dan dalam kalangan Mars dengan anda berhubung perkara yang terkandung dalam dokumen ini dan tiada janji, waad atau aku janji selain daripada yang dinyatakan secara tersurat dalam dokumen ini.

    2. Terma ini (i) akan memanfaatkan Mars dan akan mengikat Mars dan anda dan pengganti dan penerima serah hak, yang berkenaan; dan (ii) boleh diserah hak oleh Mars tetapi anda tidak boleh menyerahkan haknya tanpa persetujuan bertulis Mars yang tersurat.

    3. Jika sebarang peruntukan Terma ini tidak boleh dikuatkuasakan atau tidak sah atau menjadi tidak boleh dikuatkuasakan atau tidak sah, peruntukan yang selebihnya akan terus berkuat kuasa dengan kesan yang sama seolah-olah peruntukan yang tidak boleh dikuatkuasakan atau tidak sah itu tidak dimasukkan ke dalam dokumen ini.

    4. Jika Mars gagal atau anda gagal melaksanakan mana-mana terma tersebut dan pihak yang satu lagi tidak menguatkuasakan terma tersebut, kegagalan untuk menguatkuasakan pada bila-bila masa tidak merangkumi penepian mana-mana terma dan tidak akan mencegah penguatkuasaan pada bila-bila masa yang lain.

    5. Tiada sesuatu yang terkandung dalam terma ini akan disifatkan sebagai merangkumi Mars atau anda sebagai ejen atau wakil pihak yang satu lagi atau sebagai anggota usaha sama atau rakan kongsi.

    6. Jika Mars atau anda dicegah daripada melaksanakan atau tidak dapat melaksanakan mana-mana obligasi di bawah Terma ini kerana sebarang sebab yang di luar kawalan munasabah pihak yang membangkitkan peruntukan ini, pelaksanaan oleh pihak yang terjejas ini dilanjutkan bagi tempoh kelewatan berkenaan atau ketidakupayaan untuk melaksanakannya oleh sebab berlakunya peristiwa ini.

    7. Tajuk dan kapsyen yang terkandung dalam dokumen ini adalah untuk memudahkan sahaja.

    8. Terma ini dan semua dokumentasi yang berkaitan akan didraf dalam Bahasa Inggeris. Meskipun teks tertentu dalam Terma ini mungkin disediakan dalam bahasa selain daripada Bahasa Inggeris (sama ada diterjemah oleh seseorang atau secara tunggal oleh perisian komputer), versi Bahasa Inggeris akan berkuat kuasa.

Soalan?

Sila hubungi kami.

Dikemas kini Januari 2021